Wednesday, 28 April 2010

LAMPIN JIMAT MODEN

Cloth Diapers




BOLEH DIBASUH DAN DIGUNAKAN SEMULA
KELEBIHAN CLOTH DIAPERS:

*5 kali serapan lebih kuat dan bayi lebih selesa
*SELAMAT - tiada bahan kimia bertoksik
*Tiada masalah ruam lampin
*JIMAT DUIT – tidak perlu dibuang, cuma basuh dan cepat kering
*Boleh diwarisi anak seterusnya
*Tahan 3 tahun – ia lasak dan tidak mudah bocor
*Boleh diubah suai dari saiz S-L*Rekaan baru, pelbagai warna, lebih menarik dan mudah digunakan


SWEET DOLL BABY (SNAP BUTTON)







Apa dia Cloth Diaper?



Cloth Diaper adalah sejenis Lampin Kain Moden yang membolehkan anda gunakan sebagai pengganti
Lampin Pakai Buang (Disposal Diaper). Ianya lebih murah dan jimat berbanding Lampin Pakai Buang, ini
kerana penggunaannya boleh digunakan sehingga anak anda berumur 3tahun. Ianya perlu dicuci dan digunakan semula oleh anak anda, ini lebih selamat untuk si comel anda. Lampin Kain Moden ini mempunyai saiz yang berbeza dan boleh diubahsuai dari saiz S, M, L, XL mengikut berat dan saiz badan anak anda. Pada lapisan luar Cloth Diaper mempunyai Lapisan Tahan Bocor, ianya boleh bertahan mengikut jam tertentu atau kadar basahan bayi anda. Pada lapisan dalam pula mempunyai fabrik yang mudah menyerap kebasahan dan kulit anak anda akan sentiasa kering, penyerapan ini diserap oleh insert (sejenis Bamboo dan Microfiber). Insert Bamboo menerima serapan yang lebih banyak berbanding insert microfiber.


CD tebahagi kepada 2 bahagian :
1- pocket pant
2- insert (1 lapisan untuk dimasukkan ke dalam pocket pant)

Insert microfibre ini digunakan di dalam CD bagi menyerap cecair (pee or poo) anak....

Cara Penjagaan Cloth Diaper

1. Basuh dahulu cloth diaper (CD) dan 'insert' yang pertama kali hendak digunakan seeloknya 3 kali basuhan dan 3 kali kering dan barulah di pakaikan kepada anak. Tidak perlu di berus, basuh menggunakan tangan, gunakan sedikit saja sabun (lebih elok guna sabun kain jenis kurang buih, tidak mengandungi enzyme (contoh enzyme pewangi atau enzyme pemutih) kerana sesetengah bayi mempunyai kulit yang sangat sensitif dan sabun juga akan memendekkan daya serapan insert tersebut. Dicadangkan anda boleh menggunakan syampoo atau pencucu pakaian yang berjenama murah contohnya seperti jenama tesco, careefour atau giant dan sebagainya. Ini kerana kandungan bahan kimianya adalah rendah berbanding pencuci berjenama besar seperti dynamo, breeze, top dsb….menggunakan sabun serbuk adalah dilarang sama sekali kerana ia akan menutup liang-liang microfibre pada insert..




2. Masukkan 'insert' ke dalam poket CD. ('Insert' yang dibuat dari microfiber tidak boleh diletakkan secara terus menyentuh kulit bayi kerana kuasa serapannya yang kuat akan menyerap lembapan semulajadi pada kulit bayi). Pastikan ditolak kemas sampai ke bahagian depan (terutama kalau bayi lelaki) . Boleh digunakan sehingga 4 jam atau 4 kali basahan (sama seperti lampin pakai buang). Bagi bayi yang memang kuat pee, boleh dimasukkan dua 'inserts' ke dalam poket CD. Walaupun 'microfleece' (bahagian dalam CD yang kena kulit bayi) ini sentiasa kering, dinasihatkan apabila hendak menukar 'insert', tukar CD sekali bagi mengelakkan bakteria dan ruam lampin jika terlalu lama dipakai.




3. Sebelum dibasuh, keluarkan 'insert' dari CD. Sekiranya tidak ada najis, bilas dan boleh terus dibasuh dengan tangan (berus tidak digalakkan terutama berus sabut) atau dimasukkan ke dalam mesin basuh seperti biasa tetapi seelok-eloknya dimasukkan ke dalam jaring kain supaya CD lebih tahan lama. Seperti tadi, kurangkan sukatan sabun (1/4 daripada sukatan biasa).




4. JANGAN masukkan 'softener' atau clorox semasa membasuh kerana'softener' boleh mengurangkan daya serapan dan clorox boleh merosakkan CD/'insert'. Sekiranya ada najis, buangkan dahulu ke lubang tandas dengan pancuran air paip dan bilas dengan air sebelum dimasukkan ke mesin basuh. Najis yang melekat pada 'microfleece' ini sangat mudah ditanggalkan terutama bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi. Anda boleh menggunakan cecair basuh pinggan (contohnya 'Sunlight') pada 'microfleece' untuk menanggalkan warna kekuningan (kesan najis) sekiranya ada. Sekiranya CD tidak sempat dibasuh terus, tinggalkan saja di dalam baldi kering tanpa perlu direndam dan boleh dibasuh kemudian.



5. Bagi 'insert', sekiranya sudah lama digunakan dan nampak kekuningan, JANGAN gunakan clorox untuk memutihkanya. Boleh diperahkan limau nipis pada 'insert' yang basah dan ditinggalkan seketika sebelum dibasuh. Ataupun boleh dicampurkan sedikit bikabonat soda semasa membasuh kemudian dibilas dengan air yang dicampurkan dengan sedikit cuka tetapi JANGAN dibuat pada CD kerana cuka boleh merosakkan PUL (material sebelah luar CD) yang boleh mengakibatkan kebocoran. Jangan risau, kekuningan ini juga boleh hilang apabila dijemur ditengah panas matahari atau pun setelah 'insert' dibasuh berulang kali.




6. Sebulan atau seminggu sekali, bersihkan bahagian dalam dan luar 'microfleece' dengan sabun basuh pinggan yang elok kuasa tanggal minyaknya contohnya 'Sunlight', kemudian dibilas bersih- bersih supaya 'microfleece' dapat berfungsi dengan baik. Biasanya apabila CD sudah lama digunakan dan nampak seperti 'microfleece' kurang menyerap dan air kencing keluar mengikut tepi CD, maknanya 'stripping' perlu dilakukan untuk mengeluarkan kekotoran halus atau mendapan sabun yang mungkin terperangkap pada 'microfleece'.